Monday 31 July 2017

DADAH DARI SUDUT AGAMA ISLAM

       

          Tidak terdapat hukum atau larangan khusus daripada Al-Quran atau Hadis Rasulullah (S.A.W.). Tetapi secara umum, Al-Quran dan Hadis melarang setiap muslim mendekati perbuatan-perbuatan yang keji dan merosakkan diri. Oleh kerana Islam sentiasa memuliakan umatnya dan menganjurkan kerhidupan yang sejahtera, maka larangan-larangan keras telah dimeterikan supaya setiap individu tidak terjebak di dalam kebinasaan.

          Ayat-ayat Al-Quran dan Hadis-hadis yang menjadi dalil haramnya benda-benda yang memabukkan hanya dikhususkan kepada arak sahaja. Oleh kerana itu, di dalam penetapan hukum selain daripada Al-Quran dan Hadis, Jumhur Ulamak telah berpendapat bahawa Ijmak Ulamak dan Qias juga merupakan sumber yang ketiga dan keempaty bagi menentukan sesuatu hukum. Oleh kerana itu, hukum dadah tidak dapat ditentukan dengan dalil-dalil daripada Al-Quran dan Hadis, tetapi akan ditentukan daripada sumber yang keempat iaitu Al-Qias. Imam-imam yang empat (Syafei, Hanafi, Maliki dan Hambali) tidak memberi sebarang fatwa mengenai dadah kerana pada masa itu dadah belum lagi wujud. Dadah hanya lahir di akhir tahun 106 dan 107 Hijrah di masa permulaan Kerajaan Tartar.

          Mengikut fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti Al Diar Al Masriah Al Sabiq (bekas Mufti Mesir), Al Syeikh Hasanin Makhluf dalam kitabnya, "Fatwa Al-Syari’iyah" (mukasurat 184), bahawa dadah adalah haram hukumnya dari segi penggunaan, pemberian dan membuat jualan perniagaan, mengikut Mazhab Hanafi, Mazhab Syafie dan Al Syeikh Al Islam Ibn Taimiyah dari Ulamak Hambali.

Syeikh Al-Islam Ibn Taimiyah membuat fatwanya berdasarkan kepada beberapa aspek antaranya, dadah boleh memabukkan dan berbahaya kepada manusia dan masyarakat  seluruhnya, maka dadah termasuklah dalam kategori Hadis:-


Ertinya : "Tiap-tiap yang memabukkan adalah haram"
(Hadis Bukhari dan Muslim)


Dan tiap-tiap benda yang memabukkan walau dari apa jenis sekalipun ianya dinamakan juga "khamar". Ini jelas dalam sebuah Hadis:-


Ertinya : "Tiap-tiap yang memabukkan adalah khamar (arak) dan tiap- tiap khamar itu hukumnya adalah haram"


          Dalam hubungan ini, dadah mempunyai pengaruh yang amat keras terhadap perasaan dan akal fikiran penggunanya, Mereka yang menghisap dadah akan lupa kepada dirinya, agamanya, keluarganya, dan dunianya serta tenggelam dalam dunia khayalan. Lebih daripada itu, dadah juga akan mengganggu kemurniaan jiwa dan menghancurkan moral, keharmonian keluarga, meruntuhkan ibadah dan melemahkan perasaan untuk melaksanakan kewajipan kepada Allah (S.W.T.), diri, keluarga dan masyarakat.

          Ibn Al Baitar berpendapat bahawa penggunaan dadah sekalipun sekadar satu dirham telah menjadi mabuk, maka apatah lagi penggunaan yang lebih daripada itu yang membawa seseorang itu kepada peringkat hilang pertimbangan akalnya, bahkan boleh membawa seseorang itu kepada jenayah pembunuhan. Ibn Hajar Al Haitami Al Makki berpendapat bahawa penggunaan dadah boleh membawa berbagai-bagai bahaya dan kerosakan dario segi keagamaan dan kemasyarakatan. Al Qurafi dari Ulamak Maliki dan Ibn Taimiyah dari Mazhab Hambali telah mengeluarkan kata sepakat bahawa Ijmak Ulamak tentang hukum haramnya dadah.

Al Imam Ibn Taimiyah di dalam kitabnya Al-Siasatus-Syariah berkata:-


      "Sesungguhnya adalah hasyisy (ganja) itu haram dan dihukum dengan had ke atas orang yang menggunakannya sama seperti dengan had ke atas peminum-peminum arak (sebat 40 kali rotan), dari segi lain ia adalah merosakkan akal dan tabiat badan manusia dan ia adalah penghalang daripada ingatan kepada Allah (S.W.T.) dan ingatan sembahyang dan dia termasuk ke dalam kumpulan sesuatu yang diharamkan oleh Allah (S.W.T.) dan Rasulnya (S.A.W.) daripada arak pada lafaz dan maknanya."


          Pengharaman dadah bukan sahaja kepada sesiapa yang memakannya malahan juga kepada sesiapa yang berniaga, membuat, mengedar, memunggah dan sebagainya. Sebagai perbidalan, sabda Rasulullah (S.A.W.) ertinya:-


"Sesungguhnya Allah (S.W.T.) telah mengharamkan arak dan harganya."

"Allah (S.W.T.) telah laknatkan arak sepuluh perkara, orang yang memerahnya, tempat pemerahan, orang meminumnya, orang yang membawanya, orang yang ditawarkan kepadanya, orang yang menuangkannya, orang yang menjualnya, orang yang memakan harganya, orang yang membelinya dan prang yang dibelikan kepadanya".


          Doktor Ahmad Sayuqi Al-Fanjari di dalam rencananya yang disiarkan oleh Majalah Al-Wayul Islam keluaran Februari 1985 menyebutkan bahawa daripada dalil-dalil yang disebutkan, dadah itu adalah lebih besar haramnya daripada arak dan tiga sebab utamanya ialah:-


  • Dadah menghilangkan akal kerana ianya bukan sahaja membawa kepada mabuk tetapi jugak membawa kepada hilang akal, dari itu ia adalah haram.
  • Dadah membawa kebinasaan harta benda kerana ianya membawa pengangguran pada permulaannya, dan juga perbelanjaannya lebih besar daripada arak, maka dari itu ia adalah haram.
  • Dadah membawa kepada kebinasaan jiwa kerana ianya menyebabkan si penagih mati lebih awal maka dengan sebab itu adalah haram.
Menggunakan dadah dapat diibaratkan sebagai perbuatan membinasakan dan membunuh diri. Sedangkan Allah (S.W.T.) di dalam Surah An-Nisa; ayat 29 bermaksud:



"Janganlah kamu membunuh diri kamu keranasesungguhnya Allah (S.W.T.) maha belas kasihan kepada kamu".

"Dan jangan kamu mencampakkan diri-diri kamu kepada kebinasaan".



          Menghisap dadah amat merbahaya dan membawa kepada kedurjanaan dan membawa kepada kemurkaan Allah (S.W.T.). Sabda Nabi (s>a>w>) daripada riwayat Imam Ahmad dan Ibnu Majah bermaksud:


"Tidak boleh membuat bahaya dan membalas bahaya".



          Majlis Raja-Raja dalam mesyuarat yang ke 126 yang diadakan pada 24 Februari 1983, setelah mengimbangkan pendapat Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi hal ehwal Agama Islam telah membuat keputusan berikut:-

         "Sebarang penyalahgunaan, termasuk penyalahgunaan dadah, hukumnya disisi syarak adalah haram, dan dengan itu adalah ditegah sama sekali dan dadah hanya boleh digunakan untuk tujuan perubatan yang sah mengikut syarak".


          Daripada dalil-dalil di atas, jelas kepada kita bahawa dadah lebih bahaya daripada arak. Hukum menggunakan dadah di dalam Islam ialah haram malahan lebih haram daripada arak. Perbuatan menggunakan dadah membawa kepada kebinasaan diri. Perbuatan ini amat dimurkai oleh Allah (S.W.T.) dan dosanya amatlah besar.


LANGKAH MENGATASI PENYALAHGUNAAN DADAH


Terdapat pelbagai langkah untuk menghindari dari kegiatan penyalahgunaan dadah supaya ia berkurang dan kalau boleh di hapuskan sama sekali. Di antaranya ialah:


1.      Pihak kerajaan mengenakan hukuman yang berat.
Misalnya di berikan hukuman mati (gantung) bagi pengedar dadah. Hal ini adalah kerana tanpa pengedar dadah ini sudah tentu penagih akan sukar memperolehi bekalan dadah. Begitu juga kepada penagih dadah dikenakan hukuman yang berat. Sebagai contoh, hukuman bagi penyalahgunaan dadah jenis ‘Syabu’. Kesalahan mengedar dadah Syabu iaitu antara 20 gram hingga 50 gram (di bawah seksyen 3 (a) Akta Penyalahgunaan Dadah, Penggal 27). Hukuman minima adalah 20 tahun penjara dan 15 kali sebat dan  hukuman maksima pula adalah 30 tahun penjara dan 15 kali sebat.  Jika melebihi daripada 50 gram akan dikenakan hukuman mati (gantung). Manakala kesalahan bagi memakan dadah Sybu di bawah Seksyen 6 (b) Akta Penyalahgunaan Dadah Penggal 27, boleh dijatuhka hukuman maksima 10 tahun penjara atau $20,000.00 atau kedua-duanya sekali.
2.      Melaksanakan pendidikan untuk mencegah dari penyalahgunaan dadah.
Pihak yang berkenanaan sama ada kerajaan mahupun swasta dalam usaha untuk membanteras isu penyalahgunaan dadah perlu mengadakan pendidikan untuk mencegah. Sebagai contoh, mengadakan aktiviti-aktiviti seperti ceramah, seminar, pameran dan sebagainya. Hal ini bertujuan untuk memberi informasi, pengetahuan serta kefahaman kepada masyarakat terutama golongan remaja tentang bahaya dadah dan kesedaran mereka. Selain itu, pihak yang berkenaan boeh mengadakan aktiviti ko-kurikulum seperti perkhemahan motivasi dan sebagainya.
3.      Perlu mewujudkan kerjasama di antara orang awam dan kerajaan.
Hal ini bertujuan supaya sentiasa berganding bahu bagi sama-sama membanteras isu penyalahgunaan dadah yang semakin berleluasa terutama di kalangan golongan remaja. Sebagai contoh, masyarakat dan pihak kerajaan perlu memata-matai serta bertindak pantas dalam melaporkan kegiatan-kegiatan yang mencurigakan. Ibu bapa perlu mengawasi dan bertanggungjawab dalam menjaga anak-anak mereka. Selain itu, kawalan kastam yang ketat perlu dilaksanakan.
4.      Penubuhan pusat-pusat pemulihan.
Pihak kerajaan juga telah menubuhkan rumah-rumah pemulihan yang bertujuan untuk memberi rawatan bagi penagih-penagih sama ada dari berbagai peringkat umur, bangsa dan lain-lain. Sebagai contoh, kerajaan Brunei telah menubuhkan sebuah rumah pemulihan yang dikenali sebagai Rumah Al-Islah untuk merawat serta memulihkan pemikiran mental serta tingkah laku  mereka kepada jalan yang benar serta di redhai Allah.

Sunday 30 July 2017

PUNCA-PUNCA PENAGIHAN DADAH

1.DIPENGARUHI OLEH ORANG LAIN.
  • remaja yang masih lagi cuba untuk mengenali pelbagai aktiviti atau budaya baru tidak tahu membezakan antara gejala yang negatif atau positif.
  • remaja mudah terikut-ikut dengan kata dan arahan rakan-rakan atau orang lain tanpa menyedari kesan buruknya.

2.SIKAP INGIN MENCUBA.
  • pada zaman sekarang,remaja semakin aktif dan sentiasa ingin mencuba perkara yang baru dan ini merupakan peringkat pertama bagi sesuatu ketagihan dadah

3.KEKURANGAN KASIH SAYANG.
  • kekurangan kasih sayang dan perhatian daripada ibubapa juga akanmenyebabkan remaja terjebak dengan aktiviti negatif kerana tingkahlaku anak-anak tidak diperhatikan dan mereka akan lebih mempercayai individu lain yang sentiasa bersama mereka daripada ibu bapanya walaupun individu tersebut tiada niat yang baik.

4.TIADA KEPERCAYAAN ROHANI YANG TEGUH.
  • bagi remaja yang kurang kepercayaan rohani,mereka akan mengabaikan pantang larang hidup dan melanggarnya dengan perbuatan seperti menghisap dadah

5.KURANG PENDIDIKAN/PENGETAHUAN TENTANG DADAH .
  • ramai remaja negara masih lagi kurang mengetahui tentang dadah dan tahap bahaya kesan dadah tersebut.
  • Ibu bapa tidak memainkan peranan masing masing untuk mendidik anak-anak mengelakkan diri daripada dadah


TANDA-TANDA PENAGIH DADAH

Adanya perubahan/merosot kehadiran atau prestasi mutu kerja, hasil kerja dan disiplin di sekolah/tempat kerja


1. Marah – marah atau meradang tak tentu sebab.


2. Turun berat badan, selalu menguap dan tidak bermaya.


3. Hilang selera makan atau selera bertambah.


4. Permukaan mata berkaca, cengkung, mata berair dan kuyu.

5. Kemerosotan paras rupa dan kebersihan diri, tidak ceria, muka menjadi pucat.


6. Parut atau bekas suntikan di lengan.


7. Diri menjadi tidak terurus seperti malas mandi, gosok gigi.


8. Hujung jari dan kuku berwarna kekuningan atau kemerahan.

9. Selalu menggaru terutamanya dibahagian hidung dan kelakuan aneh.


10. Suka memencilkan diri di dalam bilik air, setor, rumah kosong, masuk di dalam semak dan tempat dimana tiada orang.

11. Tidak mahu makan bersama –sama keluarga dan suka makan di tengah malam berseorangan.

12. Hilang minat terhadap sukan, muzik dan sebagainya.

13. Suka menyembunyikan barang-barang persendirian, tidak suka akan pertanyaan dari orang lain, bertanyakan apa yang dilakukan, menjadi seorang pendiam dan kuat berahsia.


14. Menjadi rajin, agresif, tersengih-sengih atau terlalu gembira secara tiba-tiba.


15. Suka berkawan dengan orang lain tanpa kebenaran, kerap meminta atau meminjam wang tanpa membayar balik.


16. Melakukan kegiatan mencuri di sekolah, rumah, tempat kerja, rumah jiran, kawan dan saudara mara.

17. Suka berbohong, menipu dan berpura-pura berlagak baik atau main wayang.

18. Menjadi orang yang tidak bertanggungjawab dan selalu menyalahkan orang lain. Hilang tumpuan terhadap kerja atau tugasan dan tidak dapat menyudahkan kerja yang diberi (kerja separuh jalan atau kerja tidak pernah siap).

19. Keluar rumah pada masa tertentu, mungkin untuk berjumpa pengedar.

20. Meminta wang berlebihan daripada Ibu Bapa.

21. Mengasingkan diri daripada rakan-rakan dan kegiatan masa lapang.



JENIS-JENIS & KESAN

Setakat ini, dadah boleh dikategorikan kepada beberape jenis seperti berikut :



1. Opiat & Opiat sintetik
Penagihan berlaku apabila pengguna menggunakan opiat dengan banyaknya pada satu masa atau menggunakan opiat sedikit demi sedikit dalam tempoh masa lama.Apabila ia ketagih,hidup pengguna berlegar di sekitar menghisap atau menyuntik dadah dan mencari wang untuk membeli dadah.Oleh kerana daya tahan penagih terhadap dadah meningkat dan dadah yang dibeli kerapkali rendah ketulinannya,jumlah yang perlu diambil kian meningkat hari demi hari.


2. Stimulan
Kesan serta-merta pengambilan bahan menyebabkan euforia, tidak mengantuk, tidak lapar ataupun letih tetapi lama-kelamaan menyebabkan kebergantungan yang berpanjangan yang mengganggu fungsi sosial di dalam masyarakat.


3. Ganja
Ganja mempunyai kesan buruk ke atas personaliti seseorang penagih.Ia merosakkan personaliti secara keseluruhan dan menyebakan seseorang itu mengasingkan diri daripada keluarga dan bergaul hanya di kalangan penagih ganja. Perubahan yang paling ketara pada penghisap ganja ialah sikap tidak peduli,kurang motivasi dan tidak mengambil berat masa hadapan mereka.


4. Halusinogen
Halusinogen dadah yang berupaya menjejaskan emosi dan membawa kesan psikologi yang negatif kepada seseorang individu yang mengambil dadah jenis tersebut


5. Depresen
Dadah depresan(penekan) merupakan sekumpulan dadah yang bertindak terhadap sistem otak sehingga membuatkan seseorang itu tidak sedarkan diri secara berlebihan.
.




CIRI-CIRI DADAH

Dadah merujuk kepada sejenis bahan kimia psikoaktif yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut :
  • Mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf pusat (Otak dan saraf tunjang)
  • Digunakan bukan untuk tujuan perubatan dan penggunaannya adalah dilarang
  • Diperoleh secara haram
  • Membawa kepada pergantungan fizikal dan psikologikal dan meningkatkan daya tahan terhadap dadah
  • Mendatangkan kesan-kesan buruk dan bahaya ke atas kesihatan dan fungsi sosial seseoran





APA ITU DADAH


          Dadah atau "drug" adalah bahan atau kimia yang amat merbahaya kepada individu yang menggunakannya kerana ia mengubah cara minda dan tubuh manusia berfungsi.



          Apabila mendengar saja perkataan dadah, kita akan terus memikirkan jenis-jenis dadah seperti ganja dan heroin. Tetapi, sebenarnya terdapat beribu-ribu jenis dadah di seluruh dunia ini yang digunakan oleh lebih kurang 200 juta manusia untuk pelbagai tujuan.





DADAH DAN ANDA?

Menurut Kamus Dewan Melayu - Inggeris, makna perkataan "Drug" bermaksud ubat-ubatan. Walaupun demikian, untuk memberi takrif penyalahgunaan kepada "drug", perkataan "use", "misuse" atau "abuse" perlu digunakan bersama-sama dengan perkataan "drug". Contohnya "drug abuse" atau "misuse of drug" yang membawa maksud penyalahgunaan dadah.


          Dadah merupakan satu istilah khas yang merujuk kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal, mental dan emosi serta tingkah laku pengguna apabila digunakan. Akibat daripada kesan ini, seseorang yang menyalahgunakan dadah akan menjadi ketagih dan akan terus bergantung hidup kepadanya. Tanpa disedari, anda sendiri mungkin telah menggunakan beberapa jenis dadah dalam hidup anda.           

          Ubat-ubatan seperti "paracetamol " dan "antibiotic" membantu menyembuhkan anda sekiranya anda tidak sihat.

PARACETAMOL

ANTIBIOTICS

          Namun demikian, beberapa jenis dadah adalah dadah yang dilarang pengambilannya kerana dadah ini mengakibatkan ketagihan dan masalah-masalah kesihatan, sosial, ekonomi dan sebagainya. Oleh itu, Kerajaan Malaysia telah menyenaraikan dadah ini di dalam Akta Dadah Berbahaya 1952 untuk mengharamkan penanaman, pengeluaran, pengedaran, import, eksport, pemilikan dan penyalahgunaan dadah seumpana ini.